Mahligai Seribu Mimpi

sungguh lama ku pendamkan
menjadi rasa naluri
panah cinta ku tembusi
sifatmu itu

riwayatmu ku satukan
di dalam hakikat cinta
makrifat pun seabadi
kau tak mengerti cintaku kepadamu

kasih ku mimpikan dikau beribu makna
beribu suka duka ku tempuhi
hadirlah kasih bagai t-tian pelangi
bukalah gerbang mahliga di hati ini

mahligai seribu impian dan bayangan
masih ku sembunyikan rahsianya
mahligai seribu, ku impikan kenyataan
padamu ingin ku zahirkan kasih

terangilah bawakan cintamu
wangian syurgawi

kasih ku mimpikan dikau beribu makna
beribu suka duka ku tempuhi
hadirlah kasih bagai titian pelangi
bukalah gerbang mahliga di hati ini

mahligai seribu impian dan bayangan
masih ku sembunyikan rahsianya
mahligai seribu, ku impikan kenyataan
padamu ingin ku zahirkan kasih

mahligai seribu impian dan bayangan
masih ku sembunyikan rahsianya
mahligai seribu, hakikatku menunggu
hadirlahmu bersama kerelaan

niscaya ada arti kebahagiaan
tak terucap dengan kalimat syahdu
carilah aku di awal mula
di akhir tiada akhirnya